Selamat datang ke
CYS Global Remit
Kami merupakan sebuah institusi pembayaran terkemuka di Singapura dengan kepakaran dalam pembayaran rentas sempadan di rantau Asia Pasifik. Fokus utama kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan kepada komuniti PKS serta penyedia perkhidmatan pembayaran lain di bandar-bandar utama Asia Pasifik. Jenama kami diwujudkan pada tahun 1981 dan sejak itu, kami masih meneruskan penyediaan perkhidmatan kecairan FX di Asia Utara dan Selatan bagi kebanyakan mata wang eksotik Asia, termasuk CNY, dengan pembayaran rentas sempadan dan kemudahan pemindahan domestik kepada para pelanggan.
Dilesenkan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS)
CYS adalah sebuah Institusi Pembayaran Utama yang dilesenkan oleh MAS untuk menyediakan perkhidmatan pemindahan wang rentas sempadan, pemindahan wang domestik, penerbitan akaun, penerbitan e-wang dan penukaran wang. Kami memberi fokus kepada penyediaan perkhidmatan kecairan FX dan perkhidmatan pembayaran kepada PKS, Institusi Kewangan dan syarikat-syarikat gergasi, dengan mengutamakan kepuasan pelanggan.
Lebih Matang
CYS mempunyai pelbagai pasukan khusus untuk membantu perniagaan anda berkembang dan diuruskan dengan lebih pantas. Hubungi wakil jualan kami dan ketahui lebih lanjut tentang Operasi Perbendaharaan, Perkhidmatan Pengurusan Tunai, Pembangunan Perniagaan Strategik serta Teknologi Kewangan terkini. Mana tahu, anda mungkin terlepas maklumat baharu!
Pembayaran dengan Teknologi
Kami menggunakan teknologi untuk memastikan pembayaran dibuat dengan cepat dan lancar serta diselaraskan dalam tempoh hanya beberapa jam. Visi kami adalah untuk mewujudkan sebuah komuniti penyedia perkhidmatan perniagaan yang berinteraksi melalui persekitaran dalam talian berdasarkan 3 prinsip iaitu keterangkuman, inovasi dan inspirasi. Jadilah sebahagian daripada komuniti kami. Sertai kami hari ini.
Kami memulakan perniagaan perkhidmatan wang kami di Singapura pada tahun 1981 dan telah mencipta jenama CYS daripada nama pengasas kanan kami. Dari awal penubuhan, sebagai sebuah syarikat tempatan, CYS sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan kepada ahli komuniti perniagaan tempatan. Kami memberi tumpuan kepada penyediaan perkhidmatan kecairan FX dan pembayaran rentas sempadan kepada PKS serta pengendali perkhidmatan wang serantau. Kekuatan kami terletak pada pakatan strategik dengan pihak bank dan ejen pembayaran di seluruh Asia Pasifik.
Hari ini, CYS adalah sebuah institusi pembayaran utama dengan pengkhususan dalam penukaran mata wang eksotik dengan mata wang Asia, termasuk CNY. Setiap tahun pasukan perbendaharaan kami mengendalikan kontrak bernilai lebih daripada USD 2.2 bilion yang diberikan oleh pelanggan kami, penyedia perkhidmatan pembayaran, bank dan ejen perlindungan. Lebih separuh daripada jumlah tersebut melalui proses pembayaran merentasi sempadan ke bandar-bandar utama di Asia Pasifik, termasuk China.
Ann S. K. Wee
Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Pengarah Urusan
Sejarah
Bayaran Peribadi
Tanpa mengira sama ada anda seorang pelabur kewangan, usahawan perniagaan, pengumpul seni, atau ibu bapa prihatin yang ingin menghantar wang kepada anak-anak yang sedang melanjutkan pengajian di luar negara, CYS Global Remit sentiasa menyediakan penyelesaian untuk anda. Kami boleh menerima pembayaran daripada kebanyakan negara Asia Pasifik dan menghantar wang tersebut ke mana-mana bandar utama di dunia. Anda boleh membuat panggilan telefon atau log masuk ke salah satu aplikasi web kami untuk menghantar wang ke luar negara dengan mudah.
Pengajian Luar Negara
Penghantaran wang kepada anak-anak yang melanjutkan pengajian di UK, Kanada, Australia, New Zealand atau Amerika Syarikat dengan hanya satu klik sahaja bukanlah satu perkara asing pada masa kini, tetapi adakah anda benar-benar meneliti kosnya? Muat turun aplikasi ET-PLUS kami sekarang dan bandingkan harga, terutamanya pada caj transaksi kami. Anda mungkin terkejut! Selain itu, Aplikasi kami juga boleh menghantar wang ke lebih daripada 10 negara dengan mudah! Hubungi wakil tempatan kami untuk sebarang bantuan. Tentu lebih selesa berbual dengan seseorang dalam bahasa tempatan apabila kita membicarakan tentang hal wang, bukan? Sejak tahun 1981 lagi, kami telah membantu ramai ahli komuniti tempatan dan ibu bapa yang sentiasa risaukan anak-anak mereka di negara orang. Cubalah aplikasi ET-PLUS kami sekarang dengan percuma.
Pelaburan Luar Negara
Anda berminat untuk melabur di pasaran luar negara dan anda juga suka menjalankan perdagangan rentas sempadan. Kini, anda hanya memerlukan rakan kerjasama yang dapat menguruskan pembayaran mata wang asing anda dengan baik dan selesa, di rumah atau di tempat kerja, pada bila-bila masa sepanjang hari. Log masuk ke CYSOnline.com dan ketahui lebih lanjut tentang keperluan mata wang asing anda. Kami telah menjaga pelanggan pelaburan kami sejak sekian lama bermula tahun 1981 dan membantu ramai antara mereka untuk mendapatkan keuntungan dalam pelaburan mata wang asing. Hubungi wakil jualan kami sekarang untuk menyusun keperluan pembayaran anda.
Usahawan
Anda memerlukan bank untuk membantu anda dalam pembiayaan perniagaan tetapi anda lebih memerlukan syarikat pembayaran langsung untuk urusan pembayaran perniagaan luar negara anda. Kami telah membantu komuniti perniagaan tempatan dengan pembayaran dan pertukaran mata wang asing mereka sejak tahun 1981, menjadi pelengkap kepada pihak bank dalam menjayakan perniagaan anda. Log masuk ke CYSOnline.com dan ketahui lebih lanjut tentang keperluan mata wang asing anda. Anda tentu gembira mengetahui bahawa kami bukan sahaja boleh menghantar wang ke kebanyakan negara di seluruh dunia, tetapi jaga dapat membantu anda menerima wang daripada lebih 10 negara kerana kami merupakan pakar dalam akaun mata wang asing. Ketahui kadar pertukaran kami yang kompetitif serta kos urus niaga yang rendah. Hubungi wakil jualan kami sekarang untuk menyusun keperluan pembayaran anda.
Institusi Kewangan / Syarikat Gergasi
Kekuatan CYS terletak pada keupayaannya untuk mengendalikan urus niaga bersaiz besar dan proses pembayaran bervolum tinggi. Pakatan strategik syarikat dengan rakan pembayaran membolehkan CYS menguruskan transaksi dan pembayaran FX bersaiz besar untuk pelanggan institusi kewangan dan syarikat-syarikat gergasi.
Kecairan FX
CYS menjalin hubungan perdagangan dengan lebih daripada 59 pengendali perkhidmatan wang berlesen yang menyediakan kecairan FX untuk CYS bagi mata wang eksotik Asia seperti Rupiah Indonesia, Ringgit Malaysia dan Yuan China dengan keupayaan untuk melakukan pemindahan domestik bagi mata wang tersebut secara langsung. CYS juga bekerjasama dengan pengumpul FX M-DAQ Pte Ltd, sebuah syarikat teknologi kewangan terkemuka di Singapura untuk memudahkan kecairan FX bersaiz besar dalam kebanyakan mata wang G7.
Rangkaian Pembayaran
Sepanjang 30 tahun beroperasi, CYS telah menjalankan perdagangan dengan lebih daripada 20 bank tempatan dan antarabangsa termasuk ANZ, BoA, BoC, BNI, HSBC, Maybank, CIMB, HL Bank, RHB, SE Banken, Seylan Bank dan UOB. Rakan kerjasama bank di Singapura buat masa ini adalah DBS dan OCBC. Sejak penubuhannya, CYS telah menggunakan bank untuk kecairan FX dan rangkaian SWIFT bagi pembayaran yang lebih pantas dan terjamin.
Rangkaian agensi CYS meliputi di seluruh Asia Pasifik, termasuk negara-negara seperti Jepun, Hong Kong (dan ke China), Thailand, Malaysia, Singapura, Indonesia, Australia dan New Zealand. Selain daripada proses pembayaran bernilai tinggi, CYS mempunyai hubungan kontrak dengan penyedia perkhidmatan pembayaran luar negara untuk transaksi bernilai kecil ke negara-negara seperti Cambodia, Vietnam, Nepal, Bangladesh, Pakistan, Sri Lanka dan India, sekali gus menyediakan koridor pembayaran untuk pekerja hijrahan dan pekerja asing bagi pembayaran gaji atau pengiriman wang.
Produk Berstruktur
Pasukan jualan CYS terdiri daripada pasukan korporat, pasukan institusi dan pasukan pakatan strategik yang masing-masing memberi tumpuan kepada PKS, syarikat-syarikat gergasi dan pengendali perkhidmatan wang. Pasukan pengurusan CYS menawarkan tempahan FX untuk 26 mata wang bagi kiriman wang keluar dan 10 mata wang untuk kiriman wang masuk. Perdagangan silang mata wang merupakan kepakaran CYS dalam penawaran produk FX terutamanya penyilangan eksotik dengan mata wang Asia. Hal ini menjadikan CYS sebagai hab utama bagi penjualan dan pembelian silang mata wang.
Penyelesaian PKS
CYS sentiasa prihatin dengan PKS. Syarikat perusahaan yang lebih kecil selalunya tidak mendapat hak istimewa yang dinikmati oleh syarikat yang lebih besar disebabkan perbezaan saiz terutamanya berkenaan kemudahan perbankan. CYS menyedari hakikat ini kerana kami juga bermula sebagai sebuah syarikat kecil. Kami sentiasa ingin membantu komuniti PKS. Inilah sebabnya kami menyalurkan usaha kami ke arah menyediakan penyelesaian pembayaran kepada pelanggan PKS yang setaraf dengan syarikat-syarikat gergasi.
Apabila anda memilih perkhidmatan pembayaran CYS, anda akan dapat menikmati keistimewaan korporat yang berikut:
Kadar tukaran wang asing syarikat gergasi.
1
Caj perkhidmatan syarikat gergasi.
2
Pengurusan penyelesaian berbentuk pratempah dan pasca bayar.
3
Berbilang bayaran dalam satu tempahan FX.
4
Penyimpanan mata wang asing yang tidak digunakan untuk pembayaran masa hadapan.
5
Pengurus perhubungan khusus untuk anda.
6
Rakan Kongsi & Pelabur
Visi CYS adalah untuk mewujudkan sebuah komuniti penyedia perkhidmatan perniagaan yang berinteraksi melalui persekitaran dalam talian tanpa sempadan bagi menyediakan perkhidmatan berasaskan pengetahuan, berdasarkan 3 prinsip iaitu keterangkuman, inovasi dan inspirasi. Objektifnya adalah untuk membina pasaran untuk menjemput syarikat perkhidmatan profesional yang memberi inspirasi di rantau Asia Pasifik untuk membentuk komuniti perkhidmatan di platform tanpa sempadan. Platform ini menawarkan perkhidmatan berasaskan pengetahuan melalui teknologi rantaian blok (blockchain) bagi membolehkan pengguna daripada pelbagai latar belakang etnik dan sosial mendapat akses kepada penggunaan sumber yang cekap, penyelesaian berinovatif dan keupayaan menyelesaikan masalah yang lebih meluas.
Bagi mencapai visi ini, misi utamanya adalah untuk menghubungkan penyedia perkhidmatan pembayaran yang berkerjasama di rantau Asia Pasifik bagi membentuk hab pembayaran yang menyediakan kecairan FX dan kemudahan pembayaran rentas sempadan sekali gus membawa penyedia perkhidmatan profesional dan pengguna ke dalam sebuah komuniti yang sama. Selain itu, terdapat juga pakatan strategik dan pembangunan platform rantaian blok untuk mereka saling berkongsi kepakaran dan bertukar perkhidmatan pakar dalam sesebuah komuniti.
CYS berharap agar dapat menjalinkan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan profesional di rantau Asia Pasifik seperti yang berikut:
Akauntan / Juruaudit
Peguam / Pegawai Undang-Undang
Broker Hartanah
Perancang Kewangan
Perekrut
Pengamal Perubatan
Pendidik
Perunding Perniagaan
Pembekal Teknologi/Data
Penasihat Pelaburan
Pemegang Lesen Pasaran Modal
Pembiaya
Skala pembangunan ekosistem yang memenuhi segmen pasaran luas yang merangkumi seluruh rantau Asia Pasifik ini memerlukan kepakaran teknikal dan komitmen modal yang bukan sedikit. CYS kini sedang mencari rakan kongsi syarikat Teknologi Kewangan yang mempunyai kemajuan teknologi yang terkini selain mempunyai kewangan yang kukuh bagi membantu pembinaan ekosistem.